Salam Jumaat
Moga hari ini kita masih punya kesempatan untuk beramal sebelum ajal menjemput. InsyaAllah. Apa kabar kalian semua. Hari ini dah masuk bulan Mac. Bulan ke-3 bagi tahun 2012. Cepat betol kan masa berlalu. Hari ini aku nak kotakan janji untuk cerita dengan kalian tentang Cukai Pendapatan Individu. Maaflah aku ambil masa yang terlalu lama untuk cerita pasal ini. Sebok sangat la pulak bila masuk tahun baru ni.
Untuk pengetahuan korang, mulai dari semalam laman web untuk kita failkan pendapatan 2011 kita telah dibuka. Kalian semua tahukan pasal "E-Filing" ? Kalau dulu pembayar cukai kena isi borang untuk failkan pendapatan sekarang dalam era IT, kini kita dah tak payah dah isi² borang ni. Semua boleh di akses secara online. Sangat mudahkan. Kalau dulu lepas isi borang kita kena hantar pulak sama ada melalui pos atau ke kaunter. Sekarang tak payah dah nak bazir semua tu. Duduk depan pc/laptop pon dah boleh buat. E-Filing ni adalah satu cara untuk kita failkan pendapatan secara online kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Anda dah layak ke bayar cukai? Kalau anda tak pasti anda layak ke tak anda boleh tahu dengan melihat sama ada ada tak Potongan Cukai Bulanan (PCB) dalam slip gaji bulanan ataupun anda boleh check dalam slip bonus anda. If ada PCB di situ maknanya anda memang selayaknya mempunyai no. cukai pendapatan. Ala yang depan dia ada hurup 'SG' tu. Tapi kalau anda tak nampak PCB tu tapi anda masih was was lagi kena cukai ke tak ni. Maka anda boleh la merajinkan diri melawat mana² kaunter LHDN yang berdekatan dengan kawasan rumah atau kawasan pejabat anda. Jangan lupa bawak bersama penyata EA yang anda telah dapat dari majikan anda tu. Bolehlah anda buat semakan sama ada anda layak ke tidak.
Pada yang tak nak berbuat demikian tak apa. Tapi anda kena ingat, kalau lagi lambat anda buat semakan lagi bahaya. Sebab nanti bila datang surat LHDN mengatakan anda ada cukai tertunggak yang belum dibayar, habis lah masa tu. Sebab selalunya bila ada satu je isu timbul tentang cukai ni, LHDN akan korek sedalam²nya. Contohnya kita dapat surat tu tahun ni. Dia akan siasat penyata gaji kita dari tahun pertama kita mula kerja. Hah! sanggup ke gitu. Seksa tahu tau nak korek fail² lama ni. Kalau ada rekod tak apa. Kalau tak ada tu yang naya. Tak pasal kena bayar cukai dan denda sekali. huhuhu... Untuk makluman, LHDN telah ambil pendekatan baru untuk mengelak kes penipuan berlaku semakin bertambah. Langkah yang di ambil ialah LHDN telah bekerjasama dengan syarikat² besar, terutamanya badan berkanun dengan meminta pihak Human resouces (HR) syarikat² tersebut untuk masukkan data dari penyata EA kita terus ke borang e-BE(borang e filing) kita.
So kita dah tak boleh dah nak masukkan data yang salah lagi ke borang e-BE kita tu. Huhu bijak bukan. Dan LHDN juga turut bekerjasama dengan JPJ dan JPN untuk memastikan rekod peribadi kita adalah tepat. Bila kita masuk je borang e-BE ksemua data dalam penyata EA kita seperti jumlah gaji setahun, jumlah kwsp setahun, jumlah zakat setahun (kalau tolak gaji), jumlah gaji kerja lebih masa setahun, semua dah ada dalam e-BE so kita hanya perlu semak je. Mudahkan?
Kalau dah semak data dari EA ke e-BE, kita boleh teruskan ke langkah seterusnya. But, make sure korang punya dokumen sokongan dah berada di tangan ;
Voucher dividen (kalau ada saham)
resit kos perubatan ibu bapa
penyata bayaran zakat tahunan ( sekiranya tidak tolak dari gaji)
resit derma dari badan² yang disahkan oleh LHDN
resit pembelian komputer (claim sekali dalam tempoh 3 tahun)
resit pembelian alatan sukan seperti termaktub dalam akta cukai.
dan ada beberapa lagi lah yang ada dalam borang yang korang rasa korang layak tolak.Senang kalau dah guna e-filing ni. Kita input info, system akan kirakan berapa refund kita dapat (if any).
Oh ya! ada orang tanya aku pasal zakat. Sebenarnya zakat ni macam LHDN juga kita boleh tengok kita layak bayar ke tak dekat laman web zakat yang ada di Malaysia ni. Contohnya untuk zakat Kuala Lumpur - PPZ. Kita masuk website dan cari kalkulator zakat. Kemudian masukkan lah data gaji kita untuk setahun dan tengoklah ktia layak ke tak. Sekiranya kita bayar zakat kita boleh dapat relief untuk cukai kita. Kalau siapa biasa isi borang cukai secara manual or online perasan tak di bahagian akhir akan ada soalan berapa zakat kita bayar? So kat situlah kita letak jumlah bayaran zakat kita setahun. Ini hanya untuk zakat pendapatan je tau. Kalau banyak kita bayar zakat banyak lah tolaknya. So ada chance la kita dapat balik refund PCB ataupun tak perlulah kita bayar cukai.
Ha.. mesti ada yang terpikir, kalau bayar zakat atau bayar cukai sama je kan sebab dedua tetap keluar duit kita. Betol tak? hehehe... memang lah betul. Tapi ada kebaikannya kalau kita bayar zakat lebih dari kena tolak PCB banyak. Kita dapat saham akhirat lebih sikit la sebenarnya. Mana lagi untung? Anda pikir anda jawap.
Harap info saya ini dapat membantu. 


hallo sister... lama tak nampak.
ReplyDeleteaku tengok PCB aku tolak tiap2 bulan macam banyak jugak. Last year mcm patut dapat refund, tapi macam mana nak tau kita boleh dapat balik ke tak. kawan aku sorang tu, dia dapat balik. tapi aku rasa macam aku punya tak dapat balik. T__T sedih aku. tapi malas nk bersoal jawab ngn LHDN.
Halu..
ReplyDeleteSibok awal tahun la.. ekeke..
neway, ko masa file tax tu ko pakai online ke or manual isi form? siapa isikan kopunya borang? lepas isi borang mmg nmpk ada refund ke tak? since bila jd gini? tahun bila staart ko filinf income ko? heheh ok sila jawab.
aku isi online. aku isi sendiri. macam ada nampak refund. aku rasa baru start tahun lepas kot. fuhhh...banyaknya soalan
ReplyDeletehehe jgn mare..
ReplyDeleteok ko ada print?
kalo memang ada refund dan ko tak dapat lagi refund tu ko kena buat surat utk dptkan refund tu.
utk YA2011 better ko buat awal n tgk dpt tak refund awal. kalo tak dpt juga maknanya ko kena pergi IRB kena check.
ALAAAAAA
ReplyDeletebaru dpt baca
sorriiiiii
ssh btol sbb aku dh follow kau, tp aku x dpt update kau
benci...
jap..
baca dulu kasi abes...
tengggsssssss
syg ko..!!!
phm tak cha ??
ReplyDeleteaku pon xreti sgt nk explain lbh details hee