Terima kasih pada yang masih sudi jenguk blog ku yg dah beberapa bulan menyepi ni.
Terima kasih sebab masih ternanti² update dari ku yang umpama cam hilang idea dan mood nak menaip.
Terima kasih ..terima kasih..
Aku terharu!! eceyyy
Kunun la tukar blog skin. Nak menaikkan nafsu menaip.. tapi .. haremmmmm.. huahuahuahua..
Bukannya aku tiada cerita. Cuma jenis aku ini yg kadang kala saat musim bulan mengambang.. serigala menyalak memberi signal.. maka hilanglah aku umpama manusia yang bertukar menjadi serigala sekelip mata tatkala melihat bulan mengambang. pergghhhh cam cite ape dah ni. melalut ke hutan pulak dah.
Hidup aku lalui sekarang ni biasa² aje. So kekadang rasa cam tak ada apa nak cerita kat korang. Tu salah satu sebab aku sepi kot dari memblogging ni.
Kalau ada pon yang latest pasal aku ialah.. ermm .. dalam sejarah hidup aku, 1st time aku pakai smart phone. huahuahuahua.. malu seh orang lain lama dah pakai.. dok cerita pasal black berry le , htc le..Iphone le.. aku masih pakai SE je.. dah nak masuk 4tahun.. Henpon tu je la aku bawak ke hulu hilir. Rasa selamat.. sebab kalo cicir ke hilang ke aku tadek la cuak sangat.. Henpon cikai je. heee... So sekarang tambah satu lagi la gadjet aku selepas laptop Toshiba,Nikon D60 dan mp3² player aku yang dah hilang entah kemana. Aku ni memang jenis dari kecik out dated sikit orangnya. Orang dah havoc pasal sesuatu trend/design/gadjet baru.. aku dok leka nak beli benda yang dah basi. Almost da time la. Dari bab baju, tudung sampai la gadjet. Memang tak pernah la aku ni orang pertama yang grab semua benda yang up to date ni. hikhikhik. That's ME~!
Ok cite sikit pasal smartphone yang aku beli ni.. Almost kawan aku dah tau yang aku pakai sekarang ialah Smartphone Galaxy Notes cap Samsung.
For info aku seriously tak pernah teruja langsung dan tak pernah menyangka akan memiliki sebuah henpon smartphone ni. Betol tak tipu~!
Macam mana mulanya kisah tetiba nak memiliki henpon ni adalah pertamanya idea dari incik suami aku. Dia ni memang suka sangat amek tau pasal latest gadjet² ni terutama henponlah. Penghujung tahun lepas kalau tak silap aku dia ada tanya, nanti hadiah birthday aku tahun depan nak apa? Aku cam eh.. awalnya tanya. Aku cakaplah tak terpikir lagi..(memang tak la.. sebab aku ni tak pernah pon harap apa² hadiah dari dia.. kalau dia nak bagi aku accept tapi kalau tanya nak apa ..memang tiada jawapan la..sebab aku memang tak reti meminta² ni.. ) Pastu dia ada tanya nak smartphone tak? Kalau nak.. dia nak belikan as birthday present. Aku cam ter'eh' lagi sekali la kan. Apa mimpi lak suami aku ni kan.
Tetiba lak nak hadiahkan smartphone. Aku masa tu memang terpikir satu benda je.. Ni mesti kes sebenarnya dia yang nak tapi kalau dia beli nanti untuk dia kang aku pon tetiba nak pulak. Tak pasal dia kena beli untuk aku. Kopaklah dia kan. Hahahaha.. (jahat eh pemikiran aku.. ngee) So aku cakap dengan dia. Kalau abang nak, abang beli je la. Tak kan ah sampai nak hadiahkan aku lak kan. Pastu dia cakap tak apa la.. dia tak pernah bagi hadiah birthday kat aku, so kali ni macam nak qadalah.
So as usual aku yang baik hati ni menolak la hajat dia tu dengan perasaan tak sampai hati nak kikis suami aku tu. Aku tahu kewangan suami aku macam mana. Dia tak bergaji besar macam suami² kawan aku yang lain. Atas kesedaran aku sendiri, dan kebetulan masa tu memang aku tak berahi langsung pon nak pakai smartphone ni. Aku just cakap .. TAK PAYAH LA BANG OIII..
Hari berganti hari.. minggu berganti mingguu.. bulan berganti bulan.. ewahhh cam hikayat terong titiwangsa lak. Suatu hari, masa tu ada ceramah kat opis aku. Macam biasa, peluang keemasan pungut pahala. Jalan kaki dalam 15minit dapat pahala tak terkira banyaknya. Tak kan ah nak lepaskan betol tak? So aku pon pergi la bersama teman² opis aku. Masa tu penceramahnya Ust. Syed Norhisham Tuan Padang (Ust. faveret aku) topicnya pasal rezeki. Kebiasaannyalah kalau dengar ceramah agama ni kalau Ustaz tak bagi surah² untuk amalan sebagai doa kira macam tak lengkaplah ceramah tu. So masa tengah² ceramah tu Ust Syed pon bagi le satu ayat untuk dijadikan doa untuk murah rezeki. Doa Nabi Ibrahim a.s ;
"Rabbana hab lana min azwajina wa dhuriyyatina qurrata A'yunin waj'alna lil-muttaqina imama."
” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari pasangan kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”." (25:74)
Selalunya bila ada Ust sebut doa² untuk amalan, memang aku tulis cepat²lah. Kekadang tu tak sempat juga nak dengar sambil tulis apa doanya. Luckly masa tu doa nabi ibrahim ni aku memang dah hafal dan amalkan selepas solat so tak ada la tercungap² nak menulis.
Nak dijadikan cerita ada akak yang duduk sebelah aku ni dok ralit tengok henpon smartphone dia Samsung SII. Entah apa yang dia dok buat entah tup tup dia tunjuk aku.. "nah ni ayatnya.." Oh! akak tu dok cari surah dalam henpon dia.
Aku tetiba rasa cam kagum!. Wah senangnya. tak payah penat² tulis. Aku pon tanyalah akak tu, ada al quran eh. Dia cakap aah leh instal application quran. Senang! katanya. Terasa teruja lak seketika. Siap ada transalation surah pula tu. Aku sempat la temuramah akak tu tanya berapa harganya henpon dia beli tu? (padahal dulu masa dia mula beli and tunjuk dekat aku, aku dah penah tanya rasanya harga henpon tu.. tapi sebab tak minat kan .. tadek la nak amek peduli sangat.. tanya sekadar berbasa basi je la orang kata hehe ..). Dengar semula harga henpon tu RM1600 terus aku terdiam. Dalam hati terdetik.. mahalnya. Aku tak pernah beli henpon semahal tu. paling mahalpon SE aku tu je la RM700 dulu aku beli.
Suatu kejadian lagi terjadi. Masa tu aku menghadirkan diri ke kelas tafsir. Kelas tu dah lama dah mula. Tapi aku baru je start nak join. Waktu pertama kali aku attend, aku datang bawak sebuah tafsir al quran. Tu pon pinjam dari seorang bos kat opis aku ni. Aku ada tafsir, tapi tafsir aku kat rumah. Aku tak mahulah bawak tafsir yang kat umah tu ke opis. Sebab nanti di rumah aku tak boleh baca pula. Malas pula nak bawa kejap ke opis kejap ke umah. So untuk kelas yang pertama tu aku pinjam dulu tafsir akak kat opis aku tu. Bila sampai je di kelas, aku tengok student² lain semuanya pangkat akak² lah.. diorang semua lengang lengok je jalan masuk kelas. Hanya bawak buku nota satu je. Musykil seketika. Eh kelas tafsir ke kelas apa ni. Tuptup ustaz pon masuk sedang tika aku bermonolog sorang² melayan kemusykilan aku tu. Lepas ustaz baca doa, ustaz pon start lah mengajar. Dia suruh refer tu surah Al-Imran ayat sekian-sekian. Aku pon bukak sambil usha orang sekeliling. Eh diorang bukak henpon. Smartphone!!!.
The rest is the history ... kenapa tetiba aku boleh terjangkit beli smartphone. Kenapa galaxy note jadi pilihan pula? hehehe.. sebab kebetulan masa aku beli tu galaxy note tengah hangat dipasaran. Kebetulan juga aku usha² di web samsung, Galaxy note ni punya banyak features yang aku bekenan. Terutama sekali skrin dia tak besar sangat macam tablet lain dan memang sesuaikan dengan motif ianya dicipta. Tablet + Phone.
Now alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku memiliki smartphone ni dengan niat asal beli sebab nak senang belajar. Senang nak mengaji ke mana² aku pergi. Even sampai melancong ke Sabah baru ni aku dapat gak manfaat kan galaxy note aku untuk amek sikit masa nak mengaji. Tak perlu bawak al quran ke hulu hilir. But apa²pon. Al quran dirumah tetap tidak aku lupakan. Rugilah tak buka al quran. Sebab bukak henpon tak dapat pahala wooo.. baca al quran dalam aplikasi tu baru dapat pahala. Tapi kalau bukak al quran, baca dan paham lagi banyak pahala. heeee
Tq so much la untuk suamiku yang ku cinta.. sebab bagi hadiah in advance henpon canggih nak mampos ni.. Kat umah kami share² guna smartphone ni. hehehe.. Nak beli satu lagi kena pikir banyakkkkkkkkk kali. Sharing is caring kan .. buwerrrkk!!
sekian.

wah wah wah... hadiah dari encik suami rupanya....
ReplyDeletenak suami jugak lah! eh silap... nak Galaxy note jugak lah!
uwaaa aku jelessss shem daa ada smartphone...uwaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteshem..suka la aku ko punya layout..gedabakk..3 column lak tue...aku nak wat 3 column gakk..tp syg template tue.. :/
ReplyDeletebest kan , screen dia wide...rase cam nak tuka tapi sayang :|
ReplyDeletechiku : hahahah ko niat la nak somi je dulu nanti ko dpt 2 in 1.. ms hantaran mintak gadjet² canggih terkini.. huahuahauhau.. kan kan kan.. kalo niat galaxy note je dpt tu je la btl takkk??? bijak kan aku :p
ReplyDeletezana : woittt zam yg kopak.. cian dia kan.. keh keh keh keh.. ko nk mntk dgn min apple dia tuh suh dia beli galaxy note gak =))
zana lagi : blh je kan edit template yg 3 column dgn template ko skrg? rasa aku blh kot..
myn : bak sini apple tu .. =)) eh tukar la 4s..
wahhh rumah baru..nice color..
ReplyDeletebeshkan chem adiah yg ternilai dr si suami..aku pon tingin smartphone nie tp pikirkan rm? ermmm jauhkan saja impian tue..kemudiankan yg lebih penting kan!!
aya : biasalah cr mood nk menaip mesti kena tukar skin juga =)) .. ala ko dpt adiah lagi la best. tu yg dlm perut tu.. hikhikhik
ReplyDeleteaku nak notessss gakkkk
ReplyDeleteShem,
ReplyDeleteaku xdpt jwb ko punye drawsome, tapi xnak passs !!!! dacing dalam bi??? xtau .aku tau balance scale je dok google tak jumpa2
jawapan pls hahahahaha
justice la..
ReplyDeletesbnrnye ko tau aku lukis ikut apa org tanya aku sbb majority yg aku kena jwp 'justice ' semua buat dacing.. serius aku xphm tp aku buat gak dacing sbb aku igt ko phm .. hahahaha
tp aceli aku nk lukis hammer ketuk² hakim punya tu.. ntah pesal nk dacing gak. hahahah